Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Gerakan Jihad Islam Palestin dalam risalahnya sempena hari Arafah dan Aidul Qurban menegaskan, "Wuquf jemaah haji di Arafah di hari Aidul Qurban akan menambah kebimbangan pihak musuh terhadap umat Islam."
Kenyataan tersebut menambah, "Umat Islam tidak sekali-kali akan melupakan tempat Mi'raj pertama Nabi (s.a.w) iaitu Masjidil Aqsa yang kini berada di bawah jajahan Zionis, pesanan Hari Arafah dan Aidul Qurban juga mengenai perkara ini."
Pergerakan ini turut meminta penduduk dan negara-negara tertentu bangkit menghadapi rejim Zionis dengan dengan menentang sebarang bentuk konspirasi pecah belah yang dicetuskan di kalangan umat Islam.
Ucapan selamat juga diucapkan kepada seluruh rakyat Palestin dan mereka yang masih berada dalam penjara Zionis. Jihad Islam turut memohon kepada Allah (s.w.t) agar bumi Palestin segera dibebaskan dari cengkaman rejim tersebut.
17 Oktober 2013 - 20:30
News ID: 473309
Gerakan Jihad Islam menegaskan, "Umat Islam yang mengerjakan manasik haji dan amalan-amalan hari Arafah serta Aidul Qurban hendaklah tidak melupakan kiblat pertama umat Islam iaitu masjidil Aqsa."